Pertama kalinya, nama saya Maryam bt Mustapha, 21 tahun dan sekarang menetap di Kedah Darul Aman. Saya juga merupakan seorang mahasiswa tahun kedua di UUM. UUM dikenali sebagai 'Universiti di Rimba Hujan' dan ianya sangat sesuai kerana persekitaran dalam UUM sangat hijau dan nyaman dengan dikelilingi bukit bukau :)
Dewan Muadzam Shah a.k.a DMS a.k.a dewan peperiksaan :')
Saya mengambil kursus Pentadbiran Perniagaan dalam ijazah sarjana muda ataupun lebih disebut sebagai BBA (Bachelor of Business Administration).
Saya mempunyai 7 adik beradik dan saya merupakan anak kedua yang terakhir. Saya mempunyai adik yang masih belajar seperti saya iaitu di Unisza, Terengganu. Adik saya mengambil kursus Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat dalam Diploma. tahun ini dia akan tamat pengajian. waa cepatya masa berlalu. hanya saya dan adik yang masih belajar sementara adik beradik saya sudah pun bekerja. ada antara mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. keluarga saya sangat meriah dengan adanya anak-anak saudara makin bertambah meriah rumah kami terutamanya musim perayaan. semestinya pada Hari Raya Aidilfitri kami akan berkumpul semua. sayang keluarga bahagia saya!
Ahli keluarga sangat penting bagi saya kerana mereka la tempat saya banyak meluangkan masa bersama dari dulu sehingga sekarang walaupun sekarang adik beradik saya yang lain sibuk menjalani kehidupan masing-masing. tetapi kami tetap utuh bersama. :) :')
saya suka makan terutamanya masakan yang dibuat dari rumah. selalunya kita selalu dengar orang suka makan makanan ibu mereka. tapi lain orang lain cita rasa. saya bukan seorang yang cerewet memilih makanan cuma makanan seperti ulam-ulaman termasuk seangkatan dengan petai dan sebagainya tu saya kurang berminat sikit. bagi saya makanan yang dimasak di rumah lebih enak mungkin sebab air tangan dan kebersihannya lebih terjaga berbanding di luar. adik dan kakak saya suka mencuba menu baru yang kami semua tidak pernah masak di rumah. selalunya kami akan bekerjasama masak.
sekarang baru saya rasa nikmat memasak bersama ahli keluarga, seronok! dapat chit chat bersama. haha
okay sekarang minat, hmm mungkin saya lebih berminat untuk menjadi seorang yang berjawatan tinggi dalam bidang perniagaan. Sebelum saya bercita-cita ingin menjadi seorang pensyarah kerana saya minat untuk mengajar orang pada ketika itu. tapi selepas memasuki alam matrik, saya rasa saya tidak layak untuk menjadi seorang pensyarah kerana saya kurang berkemahiran untuk mengajar orang. sekarang saya bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri kerana sekarang persaingan sangat sengit untuk graduan yang baru saja menamatkan pengajian. Jadi saya harap dapat membuka sebuah perniagaan yang berorientasikan pakaian ataupun makanan yang halal lagi suci. pada zaman sekarang pakaian muslimah sangat berjaya di mata dunia. jadi mana tahu rezeki saya untuk membuat pakaian dengan label saya sendiri. saya mungkin bermula berazam untuk menjalankan perniagaan selepas saya bekerja sambilan di kedai dobi, dari situ saya mula berazam untuk menjalankan sebuah perniagaan juga suatu hari nanti. dengan sebab itu juga, sekarang saya memilih kursus BBA sebagai landasan untuk mencari ilmu berkaitan perniagaan.
In shaa Allah bakal diusahakan ! :)




No comments:
Post a Comment